Persoalan Lazim Mengenai Vitamin C

Ramai sangat ‘doktor tak bertauliah’ di luar sana yang sering merumuskan tentang vitamin C, berapa dos boleh diambil, satu hari berapa banyak, makan vitamin C berlebihan boleh rosakkan buah pinggang. Adakah benar semua pendapat ni? Atau separa benar? Atau sekadar mitos?

Sebelum Diffenz dikeluarkan, pakar formulasi Eskayvie, Dr Syid Ayob telah lama merupakan seorang yang sering mendalami ilmu-ilmu kajian perubatan yang ditulis dalam jurnal-jurnal akademik berdasarkan kajian semasa. Ini antara jawapan yang beliau sediakan berkenaan persoalan ramai tentang vitamin C.

Soalan 1: Adakah kanak-kanak boleh mengambil Diffenz?

Jika mengikut toxicity level Vitamin C, 1 tablet sehari masih mengikut optimum dos yang dibenarkan. Jadual pengambilan Diffenz adalah mengikut dos yang ditetapkan oleh kajian-kajian sains terkini. Kami telah mengenalpasti optimum dos serta toxicity level yang dibenarkan sebelum mengeluarkan dos-dos tersebut.

Perlu perhaluskan juga kepada prospek yang Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang mana kandungannya di dalam makanan dan sayuran akan senang terjejas mengikut cara masak, suhu panas, sayur terlalu berkuah, pesticide dan sebagainya. Lebih2 lagi, 95% rakyat Malaysia tak cukup makan sayur pada kuantiti yang mencukupi.

Sememangnya dos minimum Vitamin C adalah kurang dari 100mg sehari, tapi perlu faham ini adalah dos minimum yang diperlukan untuk badan. Lagi-lagi sekarang ni dengan cara pemakanan, pencemaran dari persekitaran, radikal bebas serta penyakit bejangkit di luar sana semestinya badan memerlukan extra vitamin C untuk perlindungan yang lebih (boleh jelaskan bagaimana Vitamin C membantu sel darah putih untuk kesan membunuh kuman).


Soalan 2: Adakah Vitamin C menyebabkan perkumuhan oksalat yang menyebabkan batu karang?

Pengambilan suplemen Vitamin C boleh meningkatkan penghasilan oksalat, tetapi ia menghalang pembentukan kalsium oksalat di dalam buah pinggang kerana ia menghalang penyatuan kalsium dan oksalat. Oleh kerana vitamin C memberikan kesan diuretik atau pengeluaran air kencing yang lebih, maka kepekatan oksalat dalam air kencing menjadi kurang.

Oleh kerana pernyataan mengatakan vitamin C sebagai punca batu karang oksalat adalah TIDAK TEPAT, kerana banyak lagi makanan yang menghasilkan lebih tinggi oksalat, yang boleh menyebabkan masalah batu karang buah pinggang.

Kajian yang menyatakan vitamin C sebagai punca batu karang oksalat hanya menulis jumlah pengambilan vitamin C tanpa mengira jumlah pengambilan makanan lain yang juga meningkatkan paras oksalat seperti teh dan kopi. Mungkin juga mereka yang mendapat masalah batu karang buah pinggang sememangnya telah mempunyai batu karang dalam buah pinggang mereka sebelum kajian itu dimulakan lagi.

Rujukan
– https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4769668/
– https://jasn.asnjournals.org/content/15/12/3225.short

 

Soalan 3: Adakah Vitamin C berlebihan meningkatkan perkumuhan asid urik?

Ya betul. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan atau berlebihan dari badan. Bahan perkumuhan perlu dibuang dari badan kerana jika ia terkumpul dalam badan kita ia akan menjadi racun (toksin) dan berbahaya terhadap kesihatan kita. Pengambilan Vitamin C boleh membantu meningkatkan perkumuhan (excretion) asid urik (punca kepada masalah gout). Ini kerana, ia dapat mengurangkan hyperuricemia atau peningkatan paras urik asid dalam darah. Malah kajian terhadap 47,000 lelaki selama 20 tahun mendapati, pengambilan suplemen Vitamin C dapat mengurangkan 44% risiko gout.

Rujukan
– https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3169708/
– https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19273781/
– https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18464304/
– https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21671418/

 

Soalan 4: Adakah Vitamin C berlebihan menyebabkan masalah penghadaman?

Pengambilan Vitamin C berlebihan iaitu dalam bentuk megadoses (>3000mg) mungkin menyebabkan masalah ini. Namun, tolerance individu adalah berbeza. Pengambilan 2 tablet Diffenz tidak menyebabkan perkara ini kerana ia belum mencapai dos yang disebutkan tadi.

Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, minum air yang cukup utk mengelakkan dehidrasi. Ambil Vitamin C dalam dos yang optimum dan elakkan pengambilan berlebihan.